PADLET DAN TYPITO


Assalammualaikum rakan-rakan semua...


Hari ini saya nak berkongsi sedikit apa yang saya dapat dalam Subjek Teknologi Rangkaian. Sebanarnya saya agak takut dengan subjek ni sebab ada kawan saya yang mengatakan yang subjek ni agak sukar. Ya.. memang tidak dinafikan bahawa subjek Teknologi Rangkaian ni agak sukar kerana banyak peralatan rangkaian, jenis topologi dan banyak lagi yang perlu fahami dan diingati, mungkin juga subjek ini sesuatu yang baru bagi saya, yang mana dulu masa belajar di Politeknik Johor Bahru saya mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Bahan. Di politeknik saya lebih didedahkan mengenai kajian terhadap sesuatu bahan dan kerjaya sekarang pula lebih kepada kanak2 (mengajar anak2 Tabika KEMAS) jauh menyimpangkan. Inilah yang dikatakan cabaran.

Dalam kelas pertama saya untuk subjek ini, Prof. Dr Noraffandy b. Yahaya telah memperkenalkan dengan 1 aplikasi Padlet. Dalam Aplikasi ini saya dan rakan2 kelas dapat berkongsi apa jua maklumat.

 Perasaan dari takut menjadi seronok. Agak teruja dengan aplikasi ini.. Aplikasi ini bukan sahaja boleh di buka melalui komputer, ianya juga boleh dibuka melalui smartphone, canggihkan teknologi zaman sekarang. Di mana2 saje boleh berkongsi ilmu.

Dari satu aplikasi kepada aplikasi yang lain, semuanya didedahkan kepada saya dan rakan-rakan yang lain menjadikan saya seronok dan tidak sabar untuk menghadiri kelas Teknologi Rangkaian ni. Kalau terskip 1 kelas, terasa rugi sangat kerana banyak sangat ilmu yang prof akan kongsikan kepada kami. Selain daripada Padlet, kami juga didedahkan dengan Aplikadi Typito. Yang mana anda boleh membuat video dengan mengunakan aplikasi ini.


Aplikasi ini juga boleh menggantikan power point. Bagi yang nak membuat pembentangan boleh la cuba untuk menggunakan Typito ni sebab ianya agak seronok dan mudah untuk dikendalikan.
Ini adalah contoh Typito yang telah ahli kumpulan kami buat dalam masa 30minit. Harap blog saya ini dapat memberi manafaat kepada yang ingin membuat kelainan dalam persembahan perbentangan.






Comments

Popular posts from this blog

KOMUNIKASI DATA

PENGENALAN TELEKOMUNIKASI

LAN, MAN, DAN WAN