TOPOLOGI
Assalamualaikum semua...
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Jenis Topologi Rangkaian. Saya diberi tugasan untuk membuat kajian mengenai sistem rangkaian di sebuah organisasi. Saya dan kumpulan telah bersetuju untuk membuat kajian sistem rangkaian di Politeknik Ibrahim Sultan. Alhamdulillah setelah beberapa prosedur dilakukan kami dibenarkan untuk membuat tinjauan mengenai sistem teknologi yang digunakan oleh Politeknik Ibharim Sultan.
Sepanjang kami berada di Politeknik Ibrahim Sultan, kami telah disambut dengan baik oleh pihak Politeknik di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer iaitu Pn. Farah selaku ketua unit di ICT dan kami juga rasa bersyukur kerana 'person incharge' En. Hamal telah memberi kerjasama yang baik semasa kami membuat lawatan tersebut. En. Hamal sangat berpengalaman mengenai sistem rangkaian dan beliau tidak kedekut untuk berkongsi ilmu kepada kami dalam memberi pendedahan mengenai sistem rangkaian yang digunakan di Politeknik. Selain daripada dapat menyiapkan tugasan berkumpulan mengenai sistem rangkaian sempat juga kami menanyakan mengenai peralatan2 rangkaian yang digunakan.
Alhamdulillah setelah En. Hamal menjelaskan kesemuanya saya dan rakan2 dapat memahami dengan lebih jelas bagaimana sesebuah sistem rangkaian itu disambungkan dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada yang terlibat, tidak lupa juga kepada pensyarah saya iaitu Prof. Dr. Noraffandy b. Yahya kerana tugasan ini lah saya dan rakan2 dapat melihat sendiri bagaimana sistem rangkaian diwujudkan dalam sebuah organisasi.
Di sini saya ada sedikit perkongsian mengenai Jenis Topologi Rangkaian yang saya ambil dari Youtube. Semoga dengan sedikit perkongsian saya ini dapat memberi manafaat kepada rakan-rakan semua.
Comments
Post a Comment