TOPOLOGI
Assalamualaikum semua... Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Jenis Topologi Rangkaian. Saya diberi tugasan untuk membuat kajian mengenai sistem rangkaian di sebuah organisasi. Saya dan kumpulan telah bersetuju untuk membuat kajian sistem rangkaian di Politeknik Ibrahim Sultan. Alhamdulillah setelah beberapa prosedur dilakukan kami dibenarkan untuk membuat tinjauan mengenai sistem teknologi yang digunakan oleh Politeknik Ibharim Sultan. Sepanjang kami berada di Politeknik Ibrahim Sultan, kami telah disambut dengan baik oleh pihak Politeknik di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer iaitu Pn. Farah selaku ketua unit di ICT dan kami juga rasa bersyukur kerana 'person incharge' En. Hamal telah memberi kerjasama yang baik semasa kami membuat lawatan tersebut. En. Hamal sangat berpengalaman mengenai sistem rangkaian dan beliau tidak kedekut untuk berkongsi ilmu kepada kami dalam memberi pendedahan mengenai sistem rangkaian yang digunakan di Politeknik. Selain ...